Jika perkara ini berlaku, janglah ibu-ibu mudah mengalah, ini hanyalah sementara, insyaAllah... Banyakkan bersabar dan jangan hentikan penyusuan. Ada sedikit tip-tip yang Echa nak sharing dengan uollss...
BAGAIMANA CARA MEMUJUK ANAK YANG MOGOK SUSU SUPAYA MENYUSU KEMBALI ?
1) Bayi mungkin tidak mahu kerana aliran susu yang terlalu laju. Ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik dan puting lebih panjang.
2) Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis.
3) Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur.
4) Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi dan malap.
5) Cuba susukan dalam keadaan bergerak seperti berjalan, mendodoi, mengenjut dan lain-lain yang dilihat sesuai dengan bayi.
6) Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh.
7) Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu.
8) Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu.
9) Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu dan tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya.
Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama kerana ia bergantung kepada bayi itu. Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.
Sekian saja entri Echa pada hari ini. SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SEDUNIA.
*** DISCLAIMER ***
These statement have not been evaluated by Food & Drug Administrative. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Mencari #pengedarshaklee di kawasan anda?
Hubungi Echa di 019-7845870
#pengedarshakleetamanscientexpasirgudang
0 comments:
Post a Comment