HUBUNGI SAYA!!!

Saya Aisyah, seorang Pengedar Sah Shaklee kawasan Pasir Gudang...
Bagi mereka yang ingin mencari 'side income'...
Hubungi saya di talian 019-7845870 untuk info lanjut !!!

Saturday, 20 September 2014

B Complex dengan Asid Folik Mengurangkan Risiko Bayi Terkena SPINA BIFIDA.

Apakah Spina Bifida?

Spina Bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Ada tiga jenis spina bifida :

pengedar shaklee pasir gudang
Jenis-jenis Spina Bifida
1)  Spina bifida okulta (tersembunyi) merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Dalam spina bifida okulta, terdapat jarakan kecil di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang mengalami spinda bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan mereka juga tidak tahu mereka mengalaminya.

2)  Spina bifida meningosele kurang serius daripada meningomielosele dan merupakan jenis yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.

3) Mielomeningoseles (meningomielosele) adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mempunyai hidrocefalus, di mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang meningkat memampatkan lagi otak.


Adakah spina bifida kerap berlaku?

Dianggarkan kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi mungkin mengalami spina bifida okulta tanpa mereka mengetahuinya. Kira-kira satu dalam 1,000 bayi dilahirkan dengan mielomeningosele, iaitu jenis spina bifida yang paling serius.


Bilakah saya boleh tahu jika bayi saya mengalami spina bifida?
Spina bifida boleh dikesan samada melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan rutin di pertengahan kehamilan atau melalui ujian darah.


Apakah rawatan bagi spine bifida?

Bayi yang mengalami spina bifida yang teruk memerlukan pembedahan dalam masa dua hari selepas dilahirkan untuk membetulkan jarakan pada vertebra. Sesetengah doktor tidak menggunakan pembedahan tetapi membiarkan bahagian itu sembuh dengan sendiri.

Sesetengah bayi pula berjaya dibedah semasa masih dalam rahim. Pembedahan seperti ini masih jarang dilakukan.

Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub untuk mengeluarkan lebihan cecair daripada otak ke abdomen.

Anda boleh membantu mengurangkan risiko bayi menghidap spina bifida dengan mengambil suplemen yang mengandungi 400 mikrogram asid folik, daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.


Di sini saya nak tekankan bahawa pengambilan B COMPLEX DENGAN ASID FOLIK semasa merancang hendak hamil dan sedang mengandung adalah SANGAT-SANGAT PENTING utk ibu dan juga anak dalam rahim.


B Complex juga merupakan salah satu produk laris Shaklee... 

pengedar shaklee pasir gudang
B Complex with Acid Folic
-  Vitamin B penting untuk kesihatan yang baik dan juga merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

- Vitamin B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap dan seimbang, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

-  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

- Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mikrogram.

-  Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.




*** DISCLAIMER ***
These statement have not been evaluated by Food & Drug Adminstrative. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Mencari ‪#‎pengedarshaklee‬ di kawasan anda??
Hubungi saya Aisyah Idora
#pengedarsahshakleetamanscientex
‪#‎pengedarsahshakleepasirgudang‬
‪#‎codshakleetamanscientexpasirgudang‬
www.umieannurbondingtime.blogspot.com
019-7845870

0 comments:

Post a Comment