JANGAN AMBIL MUDAH... YANG ROSAK BADAN KITA... YANG SAKIT BADAN KITA... JANGAN FIKIR AMALAN MELAYU LAMA ITU KUNO...
Pantang Larang Semasa Dalam Pantang
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin :
1) Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yg berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar & angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yg masih lemah.
2) Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini utk menjaga agar kaki tidak sejuk & dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu & menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
3) Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yg baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yg masih lemah itu terkeluar & ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
4) Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya utk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yg baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
5) Rapatkan kaki semasa tidur.
Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini utk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
6) Jangan Terlalu aktif
Ibu yg baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya juka ada pembantu yg boleh menguruskan bayi & rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yg telah hilang & supaya badan benar-benar dapat berehat.
7) Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek & ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan & ibu-ibu mungkin terasa kembung & sakit perut. Terutama ibu-ibu yg menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
8) Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu & sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap utk mendapatkan cahaya matahari.
9) Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yg baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu dalam pantang akan terganggu & boleh menyebabkan penyakit gila.
10) Jangan Menjahit Pakaian & Membaca
Ibu-ibu dalam pantang dilarang menjahit & membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yg lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
11) Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yg dalam pantang dilarang keluar rumah sewaktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yg mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yg lemah fizikal & mentalnya.
12) Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Ibu-ibu yg pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Pada satu-satu tempat, jika terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yg lemah.
13) Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu & kesihatan ibu-ibu.
CARA MANDI
Daun Nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus utk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik utk ibu-ibu dalam pantang.Sebelum mandihendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
Ratakan air di seluruh badan jangan sampai menggigil & kesejukan. Mandi pada setiap pagi & petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
CARA BERBARING/ TIDUR
Tidur telentang tidak berbantal & terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.LAIN-LAIN AMALAN SEMASA BERPANTANG
Memakai baju tebal & berstokin serta tidur dengan udara yg cukup nyaman selama 6 atau 7 hari adalah digalakkan utk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh & merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini utk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan & menjaga peranakan biar tetap baik.Berbedak juga da[at menjaga kesihatan ibu-ibu sekama dalam pantang supaya badan sentiasa panas
& tidak dimasuki angin. Lakukan cara ini pagi & petang selama sebulan.
Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yg dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat & segar.
Bertungku adalah amalan yg baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan & mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi & petang selama sebulan.
Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik utk mengecutkan peranakan & mengeluarkan darah kotor dalam perut.
Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun melemahkan otot-otot perut.
Ikan keli adalah ikan yg mengandungi bisa. Ibu-ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah & bentan.
Lobak merah baik utk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus & dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat utk merawat vagina. Makanlah 2 kali sehari.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung & cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayur sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung & sakit-sakit badan.
Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau & buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbiasa & sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan & turun darah.
0 comments:
Post a Comment