Assalamualaikum uollss...
Uollss apa khabar arini? Echa 1 family sihat wal'afiat, Alhamdulillah... Btw arini besday hubby Echa... Syukur atas nikmat-Nya...
~Selamat Hari Jadi Abah Annur~ |
Sambungan kepada story Echa semalam... Apa yang Echa dapat find-out iaalah Echa mengambil suntikan Tifoid... Echa dah maklumkan pada Doktor bahawa Echa menyusukan bayi dan Doktor tersebut balas "Ia tiada bagi apa2 kesan pada bayi atau susu puan & ianya selamat"... Actually Echa berasa was-was juga tapi terpaksa ambil suntikan tifoid kerana ia adalah WAJIB prosedur tempat kerja...
26/06/2013 - Annur kena rashes teruk 1 badan. |
Kesannya kejap je dah timbul, Annur rashes... Echa jumpa Doktor tersebut untuk dapatkan penjelasan... Doktor kata, "ia sejenis vaksin yang selamat untuk bayi yang menyusu serta tidak akan jejaskan kualiti susu ibu"... Rashes makin teruk, Echa bawak Annur ke klinik lain & doktor juga mengesahkan begitu... Tapi dalam masa yang sama, Annur tolak susu badan dan minum dalam botol pun tak nak jugak...
Echa terpaksa bagi Annur susu formula... Alhamdulillah sampai sekarang masih susu Lactogen + Dutch Lady Coklat (sesekali)... Berakhir di situ perjuangan penyusuan susu badan anak sulong Echa... Stok susu cair atau beku semua kena buang sebab Annur tak nak minum lagi, Huwaaargghh...
Masuk pada citer Nursing Strikes pula.
Nursing strikes adalah mogok penyusuan. Pada ketika ini, bayi mula dilihat seperti tidak berminat untuk menyusu badan dan menolak susu secara terus. Biasanya terjadi kepada bayi dalam lingkungan umur 3 hingga 8 bulan di antara beberapa hari higga seminggu. Punca berlakunya pula masih tidak dapat dipastikan lagi.
Terdapat beberapa faktor Nursing Strikes ini berlaku:
- Bekalan susu berkurang selepas berlaku jangkitan payudara dan paras natrium yang meningkat membuat rasa susu masin yang membuatkan bayi tidak mahu.
2) Tumbuh Gigi
- Sesetengah bayi bertindak balas terhadap ketidakselesaan tumbuh gigi. Ada bayi nak menyusu semakin kerap dan ada juga yang menolak untuk menyusu.
3) Penyakit
- Berkemungkinan hidung bayi tersumbat atau terdapat jangkitan telinga atau ngilu di dalam mulut yang mungkin membuatkan bayi tidak selesa menyusu. Berjumpalah dengan doktor jika keadaan semakin teruk atau doktor boleh mencadangkan ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan bayi.
4) Reaksi kepada Tekanan
- Saingan daripada adik-beradik yang bersaing untuk perhatian ibu semasa penyusuan, perubahan dalam persekitaran, reaksi ibu yang terlalu keterlaluan apabila digigit atau tekanan yang teruk dalam hidup.
5) Perpisahan berpanjangan dari Ibu
- Kadang-kala bayi akan menolak untuk meneruskan penyusuan selepas ibu berjauhan pada weekend atau lebih.
6) Bekalan susu yang rendah
- Jarak yang panjang antara waktu penyusuan, berlebihan botol atau puting atau ibu berpenyakit atau ibu sakit.
7) Satu perubahan dalam rasa susu
- Menggunakan krim atau salap (dirumus khas untuk ibu-ibu menyusu yang tidak berbau dan tanpa rasa), penggunaan produk baru seperti syampu atau deodoran dan perubahan sesuatu dalam diet ibu (produk tenusu atau kafein yang berlebihan) boleh menyebabkan bayi menolak payudara ibu.
Kalau terjadi seperti di atas, ibu-ibu janganlah mudah mengalah dan berputus asa. Positifkan diri dan minda, ini hanyalah sementara. Perbanyakkan bersabar dan jangan hentikan penyusuan.
IKHTIARKANLAH PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA ANAK BERUMUR 2 TAHUN KERANA IA ADALAH HAK ANAK.
#setibumenyusushaklee #ibusihatanaksihat #berikanyangterbaikuntukanaktersayang
*** DISCLAIMER ***
These statement have not been evaluated by Food & Drug Administrative. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Mencari #pengedarshaklee di sekitar anda?
Hubungi Echa di 019-7845870
#pengedarshakleetamanscientexpasirgudang
0 comments:
Post a Comment