Sama ada uollss tahu atau tidak, sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai "kepeng" dan menjadi orang paling kecil dikalangan rakan-rakan sememangnya tidak membantu. Dalam fikiran mereka, at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho! Echa yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badan.
Hari ini Echa nak sharing dgn uollss sedikit info tentang cara menambah berat badan.
TIP-TIPS NAIKKAN BERAT BADAN
Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang sahaja. Tetapi sebelum Echa ceritakan cara menambah berat badan, Echa nak explain kt uollss kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.
Kenapa Senang/ Susah Menambah Berat Badan?
Kenapa Ada Yang Makan Sedikit Tapi Berat Badan Cepat Naik?
Kenapa Ada Yang Makan Banyak Makan Tapi Masih Kurus Kering?
Ini kerana, manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi oleh faktor genetik.
Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu :-
1) Ectomorph
- Golongan ini sangat sukar menambah berat badan.
- Makan berpinggan nasi sehari tetap tidak gemuk.
- Mereka yang mempunyai badan Ectomorph adalah kurus, sukar untuk meningkatkan saiz otot dan berdada leper.
2) Mesomorph
- Golongan ini mempunyai jenis badan yang berotot secara semulajadi.
- Mereka kelihatan lebih athletic dan mempunyai badan yang tegap.
- Mereka yang mempunyai badan Mesomorph lebih cepat mengumpul lemak berbanding Ectomorph.
3) Endomorph
- Golongan ini mempunyai bentuk tubuh chubby dan berlemak.
- Mereka mempunyai bentuk muka yang lebar dan lebih mudah mengumpul lemak berbanding Mesomorph.
- Makan sedikit saja dah cukup untuk menaikkan berat badan mereka.
Bagaimana Cara Menambah Berat Badan?
Otot (Formula) = Kalori Masuk VS Kalori Di bakar
Jika anda ingin menambahkan berat badan dan membina otot, anda haruslah mengambil jumlah kalori yang lebih tinggi dalam diet harian anda. Ini kerana, otot dibina melalui lebihan kalori.
Apabila tubuh anda membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan, maka badan anda tidak dapat menyimpan kalori untuk membina otot dan menyukarkan menambah berat badan.
Jika selama ini anda makan banyak tetapi tidak bertambah berat badan, ianya kerana badan anda membakar terlalu banyak kalori dan aktiviti harian anda memerlukan penggunaan kalori yang tinggi.
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan lebih kerap.
Info penting!!!
- Makanan berkalori tinggi = Nasi, pasta (spageti dan macaroni), kekacang dan tenusu.
- Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat = Mi segera, snek (junk calories).
- Tingkatkan pengambilan PROTEIN = PROTEIN dapat membantu meningkatkan saiz otot anda.
- Kekurangan PROTEIN = Tubuh anda "mencuri" PROTEIN dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. So jangan abaikan PROTEIN dalam diet harian anda.
- Cadangan pengambilan PROTEIN adalah 1.2 gram untuk setiap KG berat badan anda. Contoh : 40 kg x 1.2 gram = 48 gram protein
- Antara sumber-sumber PROTEIN = Ayam, ikan, telur, daging dan tenusu.
Disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan senaman bebanan bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.
TAHUKAH ANDA? ESP Shaklee boleh membantu membina otot, kulit dan hormon.
ESP Shaklee Sumber Protein Berkualiti Tinggi. Click this link to Review More Details About ESP Shaklee. |
Kandungan Dan Kebaikan ESP Shaklee. Click this picture to Review More Details About ESP Shaklee. |
*** DISCLAIMER ***
These statement have not been evaluated by Food & Drug Administrative. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Mencari #pengedarshaklee di kawasan anda?
Fast Order? Nak try?
Hubungi Echa di 019-7845870
#pengedarshakleetamanscientexpasirgudang
#codshakleetamanscientexpasirgudang
0 comments:
Post a Comment