Hari ini, Echa nak berkongsi sedikit info dan pengalaman sendiri mengenai penyusuan susu ibu.
Alhamdulillah rezeki anak, even Echa 1st time bersalin & ada baby tapi rezeki susu badan meriah TANPA SEBARANG MAKANAN TAMBAHAN just amalkan MAKANAN SUNNAH & PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEIMBANG... Hampir setiap hari dapat perah susu lebih kurang 24 oz (3 botol susu besar), perah susu badan cara manual jek... Stok susu alhamdulillah banyak dapat simpan...
Pada suatu hari, ketika Annur berumur 5 bulan lebih, tetiba je Annur beriya2 menolak susu badan samada secara direct atau dalam botol susu... Macam2 usaha dah dibuat tapi still sama jugak tak nak minum susu badan... Bila disua, dia menangis dan memalingkan muka ke arah lain sambil menolak kuat badannya jauh dari badan Echa... Bila jadi camni, okfozz lah Echa merasai sedih, bingung dan sayu hati... Tuhan saja yang tahu perasaan hamba masa ini... "Annur dah tak mahu susu Umie lagi ke?", "Susu Umie dah tak keluar lagi ke?", "Dah tak sedap ke susu Umie ni sayang?" & macam2 yang saya fikirkan...
Annur tak nak susu badan sampai perut kembung teruk dgn melalak meraung lagi... Siap bawak pegi jumpa doktor & bidan urut... Dah hampir seminggu keadaan yang sama dan dipaksa susu, sehari minum susu tak sampai 10 oz berbanding sebelumnya 22 oz sehari... Dah tak sanggup tengok Annur menderita, Echa decide nak bagi susu formula, dah tawakal habis ni... 1st trial Susu Dutch Lady Langkah 1, hurmmm tak sesuai terus dia muntah balik... 2nd trial Susu Lactogen Langkah 1, alhamdulillah serasi dan pembuangan pun lancar... Pernah tak ibu2 di luar sana mengalaminya nasib yang sama dgn Echa??
Nanti kan entri Echa selanjutnya ye uollss...
~Annur Zaimah~ 20/03/2013 - 3 bulan + |
*** DISCLAIMER ***
These statement have not been evaluated by Food & Drug Administrative. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Mencari #pengedarshaklee di kawasan anda??
Fast Order? Wanna Try?
Hubungi Echa dia 019-7845870
#pengedarshakleetamanscientexpasirgudang
#codshakleetamanscientexpasirgudang
0 comments:
Post a Comment