HUBUNGI SAYA!!!

Saya Aisyah, seorang Pengedar Sah Shaklee kawasan Pasir Gudang...
Bagi mereka yang ingin mencari 'side income'...
Hubungi saya di talian 019-7845870 untuk info lanjut !!!

Tuesday, 30 September 2014

Penting ke jaga hati ni?

Entri yg lepas Echa ada sharing sikit dgn uollss mengenai Organ dalam terbesar adalah hati, fungsi-fungsi hati dan kepentingan hati terhadap badan kita...Semua yg berlaku pasti ada punca atau faktor penyumbang... Hari ini Echa nak berkongsi dgn uollss semua mengenai
Faktor Penyebab kepada Masalah Hati ...

Faktor-faktor Menyebabkan Masalah Hati

1)  Pencemaran/toksin/parasit = seperti jerebu, asap kenderaan, asap kilang, racun serangga dan virus seperti batuk, bersin, perkongsian jarum serta berus gigi.

2)  Pemakanan = anda kerap mengambil ubat tahan sakit (pain killer), makanan yang berlemak/berminyak dan sebagainya.


Monday, 29 September 2014

JAGA HATI? Hurmmmm...

pengedar shaklee pasir gudang
Annur with her cutie face~
Assalam dan Hai semua... korg2 apa khabar? Echa sekeluarga baik2 aja, Alhamdulillah... Weekend biasanya korg pegi mana ke duduk rumah merehatkan diri? Echa macam biasa hari ahad dating dgn family... hehehe Alhamdulillah it's about our bonding time yeahhh~

Biasalah adat berumahtangga ni perlulah saling memahami, melengkapi dan menjaga hati... Apabila ada perselisihan faham jangan lah masing2 tak nak mengaku kalah memang sampai bila2 tak sudah... Setuju tak?

Kenapa perlu menjaga hati? Ada jenis menjaga hati iaitu menjaga perasaan seseorang atau pasangan dan menjaga hati daripada rosak dari segi kesihatan... Entri kali ini Echa nak bincangkan mengenai Ikhtiar kepada Menjaga Kesihatan Hati.

Saturday, 27 September 2014

Hubby kaki gigit?

Adehhh parah beno ni... Apa punya penyakit daa jadi kaki gigit... Nak kata tak cukup makan ehhh tidak, hari2 Echa masak... Gigit bukannya sebarangan gigit tau... Korg ni jangan lah cepat sangat judge yg bukan2 ye Echa tak habis lagi story-mory... Actually Hubby gigit bontot Annur Zaimah... Yelaa badan semangat & gebu gebas bikin geram betolll lah...

pengedar shaklee pasir gudang
Kesayangan kami - Annur Zaimah tak pandai pampers
Semenjak Echa #wahmshaklee , badan Annur bagai dipam-pam ofkos lah sebab senang hati Umie kesayangan yg menjaga & melayan dia... Suka ler tuuu... Berbaloi3 tau dapat kekalkan kesihatan keluarga tersayang disamping boleh menjana pendapatan... Korg minat nak tahu ke? Jom lah kita gossip2 pasal kesihatan, anak & peluang business... Hehehe

Alang2 dah story-mory pasal gigit-gigit ni mestilah ada kaitan dengan gigi betol tak? Hehehe entri kali ni kita belajar secara santai mengenai kepentingan produk tenusu/ kalsium terhadap pembentukan gigi bayi bermula dari rahim (bagi ibu hamil).



Hampir hilang suara kerana YES!!

Dialog dua beranak ni~

Annur : Umie, Umie, Umie, Umie, Umie (dgn muka comel)
Umie : Ya sayang...
Annur : Umie, Umie, Umie, Umie, Umie (masih riak muka yang sama)
Umie : Iya sayang umie, Annur nak apa?
Annur : Umie, Umie, Umie, Umie, Umie (muka seakan tak puas hati)
Umie : YaAllah Annur ni kenapa sayang? Nak apa?
Annur : Umie, Umie, Umie, Umie, Umie (bersungguh2 panggil Umie mcm nak kuar anak tekak)
Umie : Annur kalau takda benda nak cakap ngan Umie jangan lah asik panggil2 Umie je. Umie tengah buat kerja ni. (dah mula bengang)
Annur : Umie, Umie, Umie, Umie, Umie (terjerit2 panggil Umie)
Umie : YES sayang. Nak apa?
Annur : YESSSS (muka puas hati)
Umie : Annur nak Umie jawap YES ke?
Annur : (Angguk sambil senyum & ulang lagi) Umie, Umie, Umie, Umie, Umie
Umie : YESS sayang.
Annur : YESSSS. Umie, Umie, Umie, Umie, Umie (panggil lagi)
Umie : YESS sayang. 

Thursday, 25 September 2014

Annur Pengsaaaan~

Kelmarin malam kan Annur temankan Umie Annur bercoaching... Nasib baik Abah Annur sporting melayan... hehehe dapat lah Umie Annur ni sedut ilmu dari Mommy2 aman sikit... 

pengedar shaklee pasir gudang
Annur dan Abahnya...
On the way nak balik rumah dugaan menimpa... Tayar kereta tetibaa jer kempis so singgah petrol kiosk nak pam tayar, skali Abah Annur tengok tayar kempis gila pastu dah terkeluar dari Rim... OT Abah Annur... Mana nak cekau kedai tayar buka jam 11.30pm? Abah Annur jack kereta utk tinggikan kereta so boleh lah adjust kedudukan tayar yg dah berubah posisi dari Rim... Pam tayar semula, masih kelihatan elok lagi tayarnya... Tawakal lah bawa kereta balik umah... Alhamdulillah kami selamat sampai umah jam 12.20pm (lebih kurang laa)... Annur jangan cakap memang dah lamaaa pengsan dalam kereta...

Annur asik nak tengok Rabbit je!

Nape saya pilih Bazar Karat untuk sesi coaching?

Dah lama rasanya tak jalan Bazar Karat JB huhuhu... yela masing2 busy dgn kerjaya dan kehidupan... Alhamdulillah siapa sangka budak berumur setahun 8 bulan dah pisah pampers, pandai baca buku Animals, kenal benda2 di sekelilingnya, pandai ingatkan rutin harian kita dll lagi... Sepanjang Mummy dan Umie Annur coaching, Annur asik buli Abah Annur nak tengok rabbit je... Sambil Umie Annur bercoaching boleh lah Annur tengok Rabbit utk kurang sikit kebosanan dia... Turun naik tangga dan senang citer tak reti diam... Budak banyak akal memang mcm tu... Nasib baik Abah Annur sporting melayan Annur sementara Umie Annur tgh sedut ilmu sebanyak mungkin... hehehehe
pengedar shaklee pasir gudang
Ni Mummy Daddy Annur... Annur Asik benar tengok Rabbit...

Di dalam suka pasti terselit duka begitu sebaliknya... Alhamdulillah walaupun sekarang kami BIASA-BIASA sahaja insyaAllah akan datang akan jadi LUAR BIASA... InsyaAllah Siapa sangka bukan? Rezeki Allah itu amat luas... 

Tuesday, 23 September 2014

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?

Pada entri sebelumnya adalah berkenaan Bolehkah Saya Mengelakkan Buasir. Entri kali ini pula berkenaan macam mana nak rawat buasir bagi yang dah ada penyakit buasir ni...

  • Mandi air panas akan membantu anda mengurangkan buasir. 
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas (tiada wangian) yang lembut untuk mengeringkannya. 
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
  • Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan.


Jika ubat krim dan supositori tidak membantu, kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan :

  • Mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya mengecut.
  • Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
  • Cahaya inframerah. 


*** DISCLAIMER ***
These statement have not been evaluated by Food & Drug Adminstrative. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Mencari ‪#‎pengedarshaklee‬ di kawasan anda??
Hubungi saya Aisyah Idora
#pengedarsahshakleetamanscientex
‪#‎pengedarsahshakleepasirgudang‬
‪#‎codshakleetamanscientexpasirgudang‬
www.umieannurbondingtime.blogspot.com
019-7845870

Monday, 22 September 2014

Apa yang boleh dan tidak jika ada Cyst.

Pada entri yg lepas, saya telah kongsi dengan anda semua berkenaan APAKAH PCOS- PUNCA HAID TIDAK STABIL? Jadinya hari ini saya nak berkongsi dengan anda mengenai Makanan Yang Boleh atau Tidak Boleh Mengaktifkan Cyst...


Contoh makanan yang perlu dielakkan ialah :

1.  Ayam - Ayam disuntik hormon estrogen bagi mempercepatkan kadar pembesarannya (kuantiti yang sedikit)
2.  Ikan keli yang dibela - Ikan keli didalam sawah tiada masalah.
3.  Kawal pemakanan - Kolesterol juga adalah penyebab kenaikan hormon estrogen.
4.  Daging merah - kambing dan lembu.

Sunday, 21 September 2014

APAKAH PCOS - PUNCA HAID TIDAK STABIL?

'Polycystic Ovary Syndrome' atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

pengedar shaklee pasir gudang
Plycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan 'vaginal ultrasound' akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sehingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar 'honeycomb appearance'. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Saturday, 20 September 2014

B Complex dengan Asid Folik Mengurangkan Risiko Bayi Terkena SPINA BIFIDA.

Apakah Spina Bifida?

Spina Bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Ada tiga jenis spina bifida :

pengedar shaklee pasir gudang
Jenis-jenis Spina Bifida

Keinginan Setiap Pasangan Yang Berkahwin.

Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah S.W.T. Setiap manusia yang telah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh di ajak bekerjasama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumahtangga.

pengedar shaklee pasir gudang

Pernikahan dalam Islam mempunyai tujuan iaitu melaksanakan perintah Allah S.W.T., mengikuti sunnah Rasullullah S.A.W., membina rasa kasih sayang dan cinta, bagi memperolehi keturunan yang sah, bagi memperolehi kebahagian dan ketenangan hidup yang sakinah serta bagi memenuhi keperluan seksual yang sah dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Friday, 19 September 2014

Bolehkah Saya Mengelakkan Buasir?

Ya. Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia masih boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.


Tip-tip mengelakkan buasir berikut akan membantu anda:

pengedar shaklee pasir gudang
-  Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Thursday, 18 September 2014

Pentingkah Suplemen Dalam Kehidupan Kita?

TAHUKAH ANDA??

Suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.

pengedar shaklee pasir gudang

Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba, tumbuhan lain atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Wednesday, 17 September 2014

Pilihan pertama adalah Alfalfa Complex.

Kenapa saya memilih Alfalfa Complex sebagai suplemen pertama yg saya cuba bile join keahlian Shaklee?

Sebab utama saya ambil Alfalfa ni kerana ia adalah makjun moden...

Antara kesan yg saya rasai adalah ia merawat masalah keputihan, merapat miss v (yg dah berkahwin saja ye), merawat masalah resdung (xpenah skip bersin bangun pagi sebelum ni), memberi kelegaan semasa ABC (Allah Bagi Cuti), tiada rasa senggugut, mengurangkan sakit sendi (major kat tengkok & bahu), memulihkan urat selepas bersalin (pergerakan semakin lancar & kurang otot2 kejang), membantu membuang angin dalam badan, kempiskan perut (buncit sikit sejak bersalin), menghilangkan kelesuan dan memberi tenaga, membantu merawat masalah sembelit (lawas beb hari2 mau beri-beri), kurang migrain atau nak pitam akibat tekanan darah rendah, membantu membesarkan dan menganjalkan payudara wanita.

Wanita hamil berisiko terkena Buasir.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah rahim anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Monday, 15 September 2014

Apa itu penyakit buasir?

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia menggangu dan menyebabkan membran di sekitarnya  membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir :-

  1. Buasir Dalaman - Lazimnya buasir tidak terasa sakit & gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
  2. Buasir Luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan buasir jenis ini memerlukan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

Sunday, 14 September 2014

Apa yang anda tahu mengenai penyakit buasir?

Penyakit buasir memang mudah menyerang wanita hamil apatah lagi jika sebelum hamil, anda memang sudah memiliki gejala penyakit ini atau yg disebabkan oleh faktor genetik. Masalah buasir mudah berlaku pada wanita hamil kerana faktor perubahan hormon yg menyebabkan pembengkakan pembuluh darah ditambah dengan pertambahan berat badan & pembesaran janin.

Keadaan ini biasanya dikategorikan dalam skala ringan, sederhana hinggalah tahap serius bermula daripada hanya sekadar gatal hinggalah menimbulkan kesakitan yg luar biasa & pendarahan pada dubur setiap kali membuang air besar. Malah, pada kes buasir yg serius, ibu hamil akan berasa sakit pada setiap pergerakan termasuk juga sewaktu duduk. Keadaan bertambah parah setiap kali mahu membuang air besar.

INFO UNTUK IBU LEPAS BERSALIN

JANGAN AMBIL MUDAH... YANG ROSAK BADAN KITA... YANG SAKIT BADAN KITA... JANGAN FIKIR AMALAN MELAYU LAMA ITU KUNO...

pengedar shaklee pasir gudang

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin :

Friday, 12 September 2014

Pengenalan makanan bayi 6 bulan ke atas.

Bismillah~
Entri saya hari ini adalah berkenaan Puri Pengenalan Makanan Bayi 6 bulan ke atas. Ingat lagi saat anak saya kecil dulu... Memang nak bagi makan bila umur dia genap 6bulan tp dia dah kelaparan sangat2 jadi tak sampai hati 5bulan lebih dah bagi makan nestum cerelac... woowww boleh tahan dia makan, mana tak seminggu setin nestum cerelac kecil tu... 

Masa ni saya tengah busy kerja... pengasuh anak pulak asik desak suruh buat bubur untuk anak saya kononnya dia tak puas makan & tak kenyang... Anak 1st kot manalah ada pengalaman sangat... Saya pun bedal lah buat bubur untuk anak saya ikut seperti nasihat pengasuh anak... Letak bawang hiris sikit dgn bahan2 lain macam kentang, lobak merah, brokoli, ikan, ayam, telur, bayam & pelbagai lagi... Tapi ikan bilis saya tak perlu letak sebab dia berhabuk2 lepas dikisarkan takut tersedak & batuk pula...

Adehhh anak saya kembung-kembungan... Rupanya alah dengan bawang, yela buat perut si comel berangin sebab bawang ada gas kan... Kesian sangat dengan dia... Jumpa doktor & dia sarankan buat puri utk si comel ni... Saya cuba kan memang Alhamdulillah dah takde kembung & dia enjoy dgn makanan dia... 

Macam mana rupa puri makanan bayi? Hah seperti gambar di bawah... Cara penyediaan pun dah dinyatakan di dalam gambar tersebut...

Thursday, 11 September 2014

Alergik susu?

pengedar shaklee pasir gudang
Alergik susu?

OsteMatrix pengganti sesuai bagi bakal ibu yg alergik susu. OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus & vitamin D, zinc, kuprum, manganes & boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama utk penyerapan oleh tubuh & menghalang endapan sesetengah mineral.

Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yg telah berumur secara berkesan.

Manfaat Utama OsteMatrix Shaklee adalah :-

1)  Menguatkan tulang 
- Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi & sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah & merangsang darah utk memekat.

"Anak Saya Suka Conteng Dinding"

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Kreativiti Anak-anak Ada Had nya

Ini sememangnya merupakan masalah yg sering dihadapi oleh ibu bapa yg ada anak tengah teruja belajar melukis. Memang bukan mudah utk mengawal & mengatasi masalah yg satu ini.

Tuesday, 9 September 2014

Ramuan semulajadi Shaklee Collagen Powder.

7 Ramuan Semulajadi Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yg unggul, mengandungi 4,000mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) preprietari, sejenis kolagen tulen & bermutu tinggi yg diekstrak dari sisik Ikan Merah.

Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton amat mudah diserap oleh tubuh & membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisam dermis dgn berkesan.


Tujuh Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder

7 ramuan semulajadi yg hebat ini digabungkan utk mempertingkatkan keberkesanan kolagen sisik ikan merah & menyokong kecantikan dalaman, kejelitaan wajah & keanggunan...

Monday, 8 September 2014

Kelihatan cantik & anggun bersama Shaklee Collagen Powder.


Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Bestnya #promoshaklee bulan September ni... Shaklee Collagen powder utk ibu2 & Shaklee Mealshake utk anak2... Adil dan Saksama kan... Seisi keluarga boleh kekalkan kesihatan serta menjana pendapatan... 


Wanita hari ni sangat mementingkan kecantikan & penampilan. Tidak kurang juga ramai wanita yg terpedaya dengan pelbagai produk yg mengandungi kandungan kolagen di dalamnya. Andakah anda tahu apa itu kolagen?

Mengapa memilih Omega Guard Shaklee?

Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Anda pernah dengar apa itu Omega Guard Shaklee? Kalau sebut namanya mungkin ramai tidak kenal... Tapi kalau disebut DHA mungkin lebih popular kerana di dalamnya mengandungi DHA yg sangat baik utk otak... Seperti yg terdapat pada iklan2 susu bayi/ kanak2 di kaca televisyen...

Kenapa Omega Guard Shaklee menjadi pilihan ramai?

Omega Guard Shaklee di ekstrak daripada ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring & anchovies di perairan negara Jepun. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA & banyak lagi.

Saturday, 6 September 2014

Langsing, Sihat & Anggun Bersama Shaklee!!

Selamat petang semua... Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai Set Langsing, Sihat & Anggun Shaklee. Jom kita sama-sama kuruskan diri dengan cara yg selamat & sihat. Ikhtiarkannya dengan produk Shaklee.

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Friday, 5 September 2014

Double Promo Shaklee - September 2014

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Collagen Powder - BUY 6 FREE 1 (utk ibu2)
Meal Shakes - BUY 3 FREE 1 (utk anak2)

Tanda2 badan kekurangan kolagen :
1) Timbul tanda penuaan - garisan halus, kulit kendur, liang pori yg membesar.
2) Kulit muka menjadi kusam, berjeragat, pigmentasi, liang pori terbuka luas.
3) Rambut menjadi kering, hujung rambut bercabang serta keguguran rambut.
4) Kulit hilang keanjalan, lebih kering & kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
5) Otot2 payudara & punggung kendur.
6) Kuku senang pecah, rosak & kekuningan.
7) Penglihatan semakin kabur.

Tanda2 badan kekurangan vitamin :
1) Mata terasa kering & merah.
2) Bibir pecah2.
3) Kulit memerah & wajah berminyak.
4) Jerawat.
5) Rambut tipis.
6) Luka lambat kering.


Mencari ‪#‎pengedarshaklee‬ di kawasan anda??
Hubungi saya Aisyah Idora
‪#‎pengedarsahshakleepasirgudang‬
‪#‎codshakleepasirgudang‬
www.umieannurbondingtime.blogspot.com
019-7845870

Tingkatkan Imunisasi dalam badan.

Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh menyebabkan sedimikian seperti dalam gambar.

Sebagai satu antioksidan yg kuat, vitamin C merupakan nutrien yg mempunyai fungsi menyeluruh yg dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot & pembuluh darah.


CHEWABLE VITA-C PLUS 100MG

Pengedar Shaklee Pasir GudangChew C berfungsi :-
* meningkatkan imunisasi badan.
* membina kolagen dalam badan.
* mengekalkan kandungan antioksidan semulajadi tubuh.
* mengelakkan gusi berdarah & memperbaiki simptom pendarahan.
* mencantikkan kulit.
* diperlukan oleh ibu hamil & menyusukan anak kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vit c yg mencukupi.
* membekalkan vit c yg bersamaan dgn 1 1/2 biji buah oren.
* Chew C ini dirumus dgn perisa sitrus yg lazat.
* ia sesuai diambil oleh kanak-kanak & juga org dewasa yg menghadapu masalah sukar utk menelan tablet.

Rasa masam manis Chew C boleh dijadikan sebagai ganti "asam" buat bakal ibu yg mengalami rasa loya & pahit mulut semasa hamil... Harga sebijik Chew C adalah RM0.40... murah bukan??


Mencari ‪#‎pengedarshaklee‬ di kawasan anda??
Hubungi saya Aisyah Idora
019-7845870

Tips Bayi Tidur Sendiri

Pengedar Shaklee Pasir GudangAlhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati rezeki pemberian dari yang Maha Esa...

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab saya diberi nikmat merasai pengalaman mengandung, bersalin, menjaga anak & membesarkan anak... Ingat lagi saat sakit nak bersalin setahun 8 bulan yg lepas... Pengalaman yg sangat berharga & bermakna buat kami suami isteri... Muka manyak amoii wooo... Kami beri bayi ni dengan nama Annur Zaimah (Cahaya Kepimpinan)... Di dalam keperitan terselit secebit kemanisan & bahagia buat kami... Masa ni tak dikenalkan dengan Shaklee lagi... So bukan #babyshaklee la... Anak 2nd insyaAllah #babyshaklee sebab consume Shaklee..

Thursday, 4 September 2014

Ikhtiar utk penyakit Ekzema.

Ekzema adalah satu penyakit kulit kronik yg menyebabkan kulit berasa amat gatal, menimbulkan bintik2 atau gelembung kecil bewarna kemerahan. Kawasan yg kerap terkena ekzema adalah muka, jari2 tangan atau kaki, celah2 peha & alat kelamin.

Mealshake bukan sahaja sesuai utk kanak-kanak, malah juga seisi keluarga. Macam2 kebaikan Mealshake ni. Ia sesuai juga utk ibu yg menyusu, ibu hamil, mereka yg berdiet, atlit @ macam2 lagi. Antara kebaikan Mealshake adalah :-
  1. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak.
  2. Kurangkan Ekzema.

Jaundis kembar bayi?

Selamat tengah hari semua... Entri saya kali ni nak sharing mengenai demam kuning atau jaundis... Ada sesiapa yg tgh baca entri saya di mana anda baru merancang nak anak, sedang mengandung atau dah bersalin? Pasti ada bukan... Apabila kita membuat keputusan untuk berkahwin atau mengandung kita perlu mempunyai ilmu keibubapaan, membaca bahan ilmiah keibubapaan & bertanyakan orang yg berpengalaman... Supaya suatu hari nanti jika kita dalam situasi tertentu sekurang-kurangnya kita dah ada ilmu asas utk menanganinya... Betul tak?


Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Isu demam kuning atau jaundis tidak asing bagi bayi yg baru lahir samada bayi cukup bulan atau bayi pra matang... Simptom jaundis adalah bahagian putih mata & kulit yg bewarna kekuningan yg dapat dilihat dgn jelas atau apabila kulit bayi ditekan lembut akan kelihatan kekuningan... Kawasan jaundis bermula dari kepala turun ke bawah badan... Bayi jaundis kerap tidur & tidak aktif... Paras Bilibirun dalam darah meningkat akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi tidur...





Wednesday, 3 September 2014

Atasi masalah Ulser?

Ulser berkait rapat dengan kekurangan air dalam badan... Nak kata kurang minum air tidak juga nak kata banyak sangat teguk air pun tak jugak (yang sedang2 sajaa)... Nak buat cemane kan dah kena... Bukannya si kenit je yg kena ulser, umie dia pun kena jgk... Abah dia baru je baik ulser... Tempoh hari umie ejek abah annur kena ulser, hahhh amek kaww kena balik ulser kt mulut sendiri... huhuhu kita yg dewasa ni pun terseksa kalau ada ulser dalam mulut apatah lagi kanak-kanak yg kena, kesian sungguh ...

Entri yg lepas saya ada masukkan produk Shaklee yg boleh membantu mengurangkan Ulser ni iaitu Chewable Vita-C...

Bahayakah Ulser dalam mulut?

Kesiannya anak umie sorg ni 1st time kena ulser dalam mulut... Patutlah tak nak gosok gigi & ckp 'sakit'... Ruam alergik x hilang lagi tambah pulak dengan ulser... Sebelum ni demam panas setengah hari baik je terus kena alergik... Rasa bersalah sangat kat anak even duduk rumah jadi surirumah tapi x mampu jaga & bagi yg terbaik buat kamu sayang... Okay lah umie purchase Chewable Vita-C Shaklee untuk kamu... Bukan kita mintak nak sakit tp sebaiknya jaga kesihatan baik2 sebelum jatuh sakit... Hahh, cam skrg ni kan dah susah sakit itu ini... Umie mintak maaf ye sayang...

Ekzema masih ada ikhtiar lain !!

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Penyakit Ekzema memang femes dalam kalangan bayi/ kanak-kanak tapi jangan heran pulak orang besar pun ada masalah kulit seperti ini juga. Kebiasaannya penyakit ini tidak dapat dirawat tetapi ada produk2 samada produk berbentuk makanan atau sapuan yg mampu mengurangkan kesensitifan kulit.

Bagi mereka yg bermasalah kulit sensitif ni boleh cuba ikhtiarkan dengan produk Shaklee seperti :

Hargailah mata kita !!

Saya mula sedari mata saya rabun sejak di sekolah menengah lagi... Ku sangkakan tiada ape2 tp makin lama makin kabur pandangan & silau mata apabila cahaya matahari menembusi ke dalam kelas... Masa ni saya dok belakang sekali dalam kelas... hehehe lama2 tak boleh tahan so saya selalu merempat kat meja kawan2 yg dok depan sampai kena sound dgn cikgu2... sabo jela~~

Alhamdulillah rezeki buat cermin mata guna duit gaji sendiri tapi tak bertahan lama pun diatas sebab2 peribadi... huhuhu sayang kan... Nasib baik dapat boifren yg prihatin dah hadiahkan cermin mata baru utk saya (dah jadi suami saya dah pongg...hehehe)... Alhamdulillah kekal lah cermin mata tu sampai skrg, itu pun on off pakainya... actually saya boleh je atasi masalah rabun ni dengan pemakanan yg seimbang & cukupkan zat serta nutrisi dalam badan... 

Kebanyakan masyarakat di luar berasa sungguh yakin terhadap makanan sihat yg mereka ambil kononnya sayur2 organik, bahan2 mentah yg fresh dari ladang, penyediaan makanan yg bersih & paling tip top serta lain2 lagi... Tapi, tahukah anda makanan yg dimasak dengan suhu yg tinggi seperti menggoreng ayam, ikan & sebagainya boleh menjejaskan mutu serta kualiti masakan tersebut?? Jarang kita ambil tahu semua ni... Ada pula kaum2 ibu yg selalu masak mesti cakap "Tumis bawang2 tu sampai terbit minyak barulah aroma nya ummppphhhh & sedap masakan"... Minyak ketika menumis yg berlebihan pun tidak bagus utk badan kita... Kalau nak cerita semua kat sini mmg sampai esok tak habis... hehehe

Bagi mereka yg bermasalah mata seperti saya boleh ikhtiarkan dengan produk2 Shaklee seperti di bawah :-

Tuesday, 2 September 2014

Annur ada Ekzema ??

Alergik simenBenarkah Annur mengidap Ekzema? Tapi doktor tak penah mengesahkannya. Paling2 doktor kata yg Annur ni mungkin ada alahan terhadap persekitaran, makanan, cuaca, ubatan & lain2 lagi. Bab alahan ni memang sangat meluas kerana kita sebagai parents atau penjaga haruslah sentiasa peka terhadap persekitaran anak. Tetapi adakah kita mampu " mengadap" anak kita 24jam tanpa buat kerja lain semata-mata nak mengawasi anak tersebut?? Mustahil bukan...

Tipu lah kalau selama ni saya tak penah ikhtiarkan apa2 produk sama ada ubat sapu atau ubat makan. Tapi still macam tu jugak. At least alahan dia bukan dari punca yg sama & tak penah pulak kena sound dgn doktor asik nak "dating" dgn dia atas sebab alahan Annur ni. Penjagaan & pemantauan utk org yg berkulit sensitif ni agak rumit kerana kita perlu mengenalpasti punca alahan supaya kita dapat mengelakkan terjadinya alahan tersebut. Sesetengah penghidap ekzema berjaya disembuhkan tetapi ada juga yg tidak dapat diubati & hanya boleh mengurangkan melalui pengambilan supplemen serta penjagaan kesihatan dgn cara yg betul.

Ekzema adalah satu penyakit kulit kronik yg menyebabkan kulit berasa amat gatal, menimbulkan bintik2 atau gelembung kecil bewarna kemerah-merahan. Kawasan yg kerap terkena ekzema adalah muka, jari-jari tangan atau kaki, celah2 peha & alat kelamin.

Monday, 1 September 2014

Apa itu Shaklee Meal Shakes & Shaklee Collagen Powder ?


Meal Shakes adalah makanan segera, tanpa curiga.



Kebaikan mealshake
Dengan gaya hidup yg lasak & sentiasa berlari aktif, kanak2 tidak punya waktu utk duduk diam menikmati makanan yg seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yg baik utk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak & rendah glisemik seumpama Shaklee Meal Shakes.

Antara khasiat Shaklee Meal Shakes adalah :-

  1. Memberikan 19 vitamin & mineral penting sebagai asas nutrien utk kanak2 yg sedang membesar & remaja utk kekal sihat & kuat.
  2. Sumber pemakanan serat & protein terbaik.
  3. Kaya dgn sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yg rendah.

PROMOSI SPECIAL BERKEMBAR BULAN SEPTEMBER !!!

Sebelum ni PROMO Shaklee satu produk sahaja dalam satu bulan.
Tetapi bulan September ni ada Promo Special Berkembar dalam satu bulan.
Buy 6 Free 1 Promotion - Collagen Powder.
Buy 3 Free 1 Promotion - Meal Shakes.
Shaklee Collagen Powder utk ibu2 !!!
Shaklee Meal Shakes utk anak2 !!!