Alhamdulillah syukran..
Akhirnya Echa disenaraikan utk menyertai majlis Konvokesyen UTM pada 3 november.. Walaupun hanya diperingkat Diploma tapi Echa bangga sebab dapat habiskan pengajian & mengandungkan Annur Zaimah sepanjang tempoh 2 semester terakhir..
Alhamdulillah berkat sabar, usaha gigih & tak pernah putus asa, Echa dapat segulung Diploma & seorang puteri yg baik, cerdik & istimewa iaitu Annur Zaimah.. Walaupun berbagai rintangan semasa awak dalam kandungan umie tapi umie abah berjaya besarkan awak dgn didikan, belaian & kasih syg yg secukupnya kat awak.. insyaAllah ^_^
Alhamdulillah..
Terima kasih yg tidak terhingga kepada ibubapa saya kerana membesarkan saya & berikan didikan yg terbaik buat saya.. Even parents Echa tak dapat hadir kerana kesibukan kerja tapi Echa masih ada husband & puteri yang sangat baik serta memahami diriku..
Even terpaksa uruskan sendiri pengambilan jubah konvo, pegi ke raptai & semasa pendaftaran konvo tapi Echa pasti Echa boleh lakukannya.. Husband tak dapat cuti fullday tak pela janji dia dapat teman Echa selepas penyerahan Diploma Echa nanti.. Nanti boleh amek gambar 1 family insyaAllah.. Tiada yg lebih indah ketika saat ini kecuali bersama2 dgn orang yang tersayang..
Kenkadang bukannya semua benda yang kita nak dapat hidup ni kita akan dapat... Kita hanya merancang & selebihnya serah pada yang MAHA ESA...